Monday 28 November 2011

Aku sebentuk cincin...

Aku sebentuk cincin.Aku bertatahkan beberapa butir permata.Aku dibuat oleh seorang tukang emas tang terkenal di Kota Bahru. 

            Aku telah dihantar ke sebuah kedai barangan kemas.Apabila tiba di sana,aku diikat tanda harga.Aku dipamerkan di dalam sebuah almari kaca bersama-sama cincin lain. 

            Pada suatu petang,seorang wanita    bernama Durga mengunjungi kedai barangan kemas itu. Dia memerhatikan barang-barang kemas yang dipamerkan. Kemudian, dia duduk di hadapan almari kaca, tempat aku dipamer. 

            Jurujual kedai itu mengeluarkan beberapa bentuk cincin dan ditunjukkan kepada Durga. Aku adalah antara cincin yang ditunjuknya. Selepas puas meneliti dan mengacu ke jarinya Durga memilih aku. 

         Setelah tiba di rumah, Durga menyerahkan aku kepada ibunya. Ibu Durga meletakan aku di dalam bekas yang istimewa. Rupa-rupanya, Durga akan melangsungkan majlis pertunangan. 

        Pada hari pertunangan, Durga menyarung aku ke jari pasangannya iaitu Suresh. Durga dan tunangnya kelihatan "bagai pinang dibelah dua". Mulai hari itu, aku tersaring di jari Suresh.

3 comments: