Monday 28 November 2011

Aku sebatang pen!

Aku sebatang pen. Namaku stabilo.Aku di lahirkan di sebuah kilang. Badanku diperbuat dari besi berwarna kuning keemasan dan berbentuk kecil.Selepas aku sudah siap diproses,aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak kecil.

        Aku dipamerkan di sebuah kedai buku.Pada masa itu, ada seorang pemuda telah tertarik dengan aku.Aku dibeli oleh pemuda tersebut dengan harga tiga puluh ringgit Malaysia.

        Aku dibawa pulang oleh permuda tersebut.Selepas beberapa minit permuda tersebut menggunakan aku untuk menyiapkan kerja syarikatnya.

        Aku amat beruntung kerana dapat tuan seperti pemuda tersebut.Tuanku menggunakan aku dengan sebaik mungkin.Tidak sampai setahun aku sudah berkarat dan warnaku mula luntur.Tuanku sudah tidak menggunakan aku lagi.Tuan aku sudah membeli pen yang baru dan aku dibuang ke dalam tong sampah.

         Itu la kisah hidupku sebagai "sebatang pen".Sebatang pen yang kini sudah tidak bernilai lagi.

No comments:

Post a Comment